Friday, 20 April 2012

K E B O R I N G A N :-/

Assalamualaikum n hello semua ~ apa khabar yang lain ? Hmmm , 4 hari dah aku tak pi sekolah . ehhh , kau escape ka ni dayang ? ndaaa baaa , ak d kampung baa ni HAHAHA ! okayyy , aku sekarang berada d kampung tapi petang ni gerak la balik rumah . esok balik asrama pulak :-/ okayyy , exam nda lama lagi tapi otak aku masih penat :'( macamana la ni ahhh huhu .



Ni gambar lama okayyy . around march la rasanya . time ni mahu hantar nenek pegi umrah . masih berbaju asrama lagi . HAHAHA !


Ni pulak gambar versi passport . time ni tengah ikut bengkel pemantapan kelab pengguna . disebabkan aku ni pengerusi kelab pengguna , so aku dihantar la ke bengkel ni . bila tahu tempat bengkel ni d Pusat Latihan Rela , OMA ! aku mula berfikiran lain . dalam otak aku malar keluar perkataan kawad . tahu ka betapa aku benci dengan kawad . hahahaha ! okayyy rupanya aku silap . teda kawad langsung . just ada explorace sahaja . aku group 2 . heeee . best jugak sebab jumpa kawan baru, nonie n bibi dari SMK Likas . Jiran sekolah ja ni . asrama dia tersangatlaaa 5 Star!! cubala asrama kami macam tu hehe . 


Ni groupwork group aku . tajuk kami Menanam pokok d sekolah . Lame topic kan ? hmmm -.- HAHAHA ! aku la presenter yang paling lame . not gagap but a bit of nervous .


Ni laa kampung kesayangan aku . Membakut, Sabah :)


I'm in R E D . red la sangat kan . HAHAHA !


Ni keboringan sebab semua cousin pergi sekolah . aku sejaa d rumahhh with my aunt :-/


Okayyy , aku pun malas nak menghapdate . zohor nak masuk dahh . adios semua :) Assalamualaikum


Wednesday, 18 April 2012

Cintai ALLAH sebelum cintai dia


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..
Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,
Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
Islam mengiktiraf cinta. Buktinya, dalam Al Quran sendiri, Allah ada berfirman dalam kalamNya, surah At Taubah ayat 24.  Dalam ayat ni, Allah gambarkan ada 3 peringkat cinta dalam Islam
1) CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
2) CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
3) CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Mana satukah pilihan cinta kita??? Cinta pertama atau kedua atau ketiga?? Seperti mana kata ustazah Fatimah Syarha, pengarang novel Tautan Hati, cinta kekasih pacaran (yang belum halal) itu adalah cinta keji, kerana apa? Allah langsung tidak mengiktiraf nya dalam Al Quran
Tapi, kalau yang memang dah ada taman dalam hati macam mana? "Mak ayah tak bagi kahwin lagi sebab tengah belajar. Tak kan haram jugak kot. Rasa suka ni tak boleh nak sekat!".. Hmm, sebenarnya begini..

"Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah.  Sebagai contoh, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak  mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah. Sehari tak bercakap dengan si dia jadi gundah, tapi sehari tak bangun qiamullail, tak pulak rasa begitu. Kalau penyakit ini ada dalam hati kita, hati-hati. Jangan sampai cinta yang kononnya suci ini jatuh martabat menjadi cinta rendah, iaitu bila mana cinta manusia lebih daripada cinta Allah..
"kami tidak akan ucapkan perkataan 'CINTA' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami selepas akad nikah" -blog kunfayakun
"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

Cinta dari Kaabah :)


"Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik sorang je kak long." Puan Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
"Maksud mama ni apa, lain je bunyinya.." Seri membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya.
"Ye la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu, dan mama boleh timang cucu." Puan Sarah berterus terang.
"Mama..." Seri memegang tangan mamanya lembut.
"Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah..." Seri menjawab penuh yakin.
"Ok, kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri. Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya seri asyik menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya." Jelas Puan Sarah panjang.
Diharapkan Seri berubah hati dan lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak.
Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.
Seri memandang tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu.
Akhirnya, Seri akur dengan takdir..
"Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha, tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah..." Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu.

Suatu pagi..
"Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,.... Ya! Lelaki yang sama. Tapi,... err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya, mama Seri dah lakukan solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia." Seri yakin dan tampak tenang sekali.
Hari yang dinantikan telah tiba...
"Assalammualaikum...
Adam dan Hawa bersatu oleh ketentuanNYA,
Bersatu di bawah satu cinta yang suci,
Kami datang membawa hajat menyunting bunga,
Yang mekar di taman suci penuh berseri..
"Waalaikumsalam...
Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa
Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan
Wahai saudara saudari yang dikasihi semua
InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..
Selesai sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.
Pintu dikuak..
Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak mawar putih berbau harum..
Seri pasrah dengan ketentuannya. Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.
Seketika seraut wajah yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya.
Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing tertunduk..
SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.

Sebentuk cincin disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki. Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.
Selesai majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu envelope diserikan dengan riben berwarna pink.
Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya.
"Assalammualaikum buat bakal zaujahku,
Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, Bukan sekadar pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan yang ada. Dan ana termui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana dengan anti...Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung.
Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama Allah, insyaAllah... Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini. Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang kurniaanNYA...                                                                                                                    Setulus hati,Azhari Muzaffar

Bagai bergetar hati dan naluri Seri. Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.
Ya ALLAH, Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu..
Seri bingkas bangun selesai solat magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..
Telekung dilipat rapid an digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya...
"Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu BAIK YA ALLAH... Sesungguhnya KAU Maha Pengampun... Memberikan keampunan atas setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan dosa yang telah dilakukan.."
Cinta... Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta.... Aku telah yakin bahawa pasti ada CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini... Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..
Dulu beberapa kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan... Biarkan dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari... Masih lagi ku ingati betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan berlalu meninggalkannya.
Betapa kejamnya aku... Kini, apabila semuanya telah dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU... Aku insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku... Inilah hambaMU yang terlalu mementingkan diri sendiri...
Sekian lama aku menangisi takdir hidupku... namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..
Sehingga KAU hadirkan cahaya dalam jalan kelamku... Seorang imam yang akan menjadi pembimbing hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan mendidik keluargaku.... Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga... Benarlah KAU Maha Penyayang YA ALLAH...
Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah... Semoga itu Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU...Amin..."
"Sayang, mama teringin nak tengok anak mama ni berdua. Asyik sorang je kak long." Puan Sarah berat untuk mengeluarkan kata-katanya.
"Maksud mama ni apa, lain je bunyinya.." Seri membalas dengan lembut.
Sememangnya Seri tidak pernah meninggikan suara kepada mamanya.
"Ye la, mama dah semakin bertambah usia ni.. Nak tengok anak mama ni bahagia dulu, dan mama boleh timang cucu." Puan Sarah berterus terang.
"Mama..." Seri memegang tangan mamanya lembut.
"Jodoh dan seru masih belum sampai mama. Kalau dah tiba masa nanti, insyaAllah mama mesti dapat juga menimang cucu. InsyaAllah..." Seri menjawab penuh yakin.
"Ok, kalau Seri tak ada, ada orang tanya mama ni. Dia nak berhajat baik untuk Seri. Seri sedia terima ke lamaran kali ni. Mama dah banyak kali tanya Seri asyik menolak je.. Tapi, kali ni insyaAllah, mama tengok orangnya beriman. Boleh membimbing Seri. Waraq dan berpendidikan tinggi orangnya." Jelas Puan Sarah panjang.
Diharapkan Seri berubah hati dan lembut untuk menerima hajat yang dibawa oleh sebelah pihak.
Seri diam. Dia menundukkan sedikit kepalanya beberapa minit.
Seri memandang tepat ke wajah mamanya yang semakin kusam ditelan usia. Wajah penuh kasih dan keibuannya turut menyentuh hatinya tatkala itu.
Akhirnya, Seri akur dengan takdir..
"Mama, apa yang terbaik buat mama adalah yang terbaik buat Seri. Siapa jua pilihan mama, itulah pilihan Seri. Seri redha, tapi izinkan Seri lakukan solat istikharah dulu bole mama? Seri juga harus bertanyakan pada pemilik cinta dan diri Seri. Jika Cinta itu Allah anugerahkan untuk Seri, Seri akan terima, InsyaAllah..." Seri menjawab tenang.
Pelukan kasih sayang diiringi air mata gembira menyelubungi dua beranak di hujung ruang tamu.

Suatu pagi..
"Mama, Seri bermimpi sama seperti yang Seri pernah mimpi masa di Mekah. Lelaki yang Seri jumpa di Kaabah tu,.... Ya! Lelaki yang sama. Tapi,... err.. entahlah mama. Seri musykil. Oh ya, mama Seri dah lakukan solat istikharah, dan InsyaAllah, Seri dah sedia." Seri yakin dan tampak tenang sekali.
Hari yang dinantikan telah tiba...
"Assalammualaikum...
Adam dan Hawa bersatu oleh ketentuanNYA,
Bersatu di bawah satu cinta yang suci,
Kami datang membawa hajat menyunting bunga,
Yang mekar di taman suci penuh berseri..
"Waalaikumsalam...
Alhamdulillah, kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah yang Esa
Membawa rahmat menjunjung sunnah menyambung warisan
Wahai saudara saudari yang dikasihi semua
InsyaAllah, kami menerima dengan syukur dipanjatkan..
Selesai sesi berpantun, kini tiba acara menyarung cincin tanda 2 hati bakal disatukan.
Pintu dikuak..
Bilik yang berwarna merah jambu berseri tersusun indah dengan penuh kelopak mawar putih berbau harum..
Seri pasrah dengan ketentuannya. Moga dengan redha Ilahi, dan juga kedua ibu bapanya akan merestui segala yang akan termenterai oleh sebuah ikatan yang sah. Permintaan dari pihak lelaki untuk mempercepatkan pernikahan Seri terima tanpa banyak soal. Baginya, apa yang baik buat ibu dan ayahnya tentunya baik untuknya.
Seketika seraut wajah yang persis pernah dilihatnya berdiri di hadapannya.
Ya, lelaki yang pernah dijumpainya di Mekah, di hadapan Kaabah dulu. Seri hampir tidak cam kerana hanya sekali memandang dan masing-masing tertunduk..
SubhanALLAH, hanya nama Allah sahaja bermain di hati Seri. Seri tunduk dan diam. Dia redha dengan takdirnya, dan lelaki yang sama yang dialamatkan dalam mimpinya. Tak salah, bisik hatinya.
Sebentuk cincin disarungkan di jari manis sebelah kanan, seketika kemudian, sebentuk cincin lagi disarungkan ke jari manis sebelah kiri tanda dirinya kini telah dimiliki. Seri hanya mampu tunduk, beristigfar, memuji dan menyebut nama Allah.. Hatinya benar-benar pasrah atas ketentuan Yang Esa.
Selesai majlis jam 4.00 petang. Seri mengemas sekitar dalam rumah. Dia terpandang pada hantaran dari pihak lelaki, Senaskah Al-Quran dan ditepinya terselit satu envelope diserikan dengan riben berwarna pink.
Hati Seri terdetik untuk membuka sampul surat yang nampak kelainannya.
"Assalammualaikum buat bakal zaujahku,
Ana hanyalah insan biasa yang jua sama seperti kaum Adam yang lain ingin mencari bunga untuk suntingan hati, Bukan sekadar pendamping diri tetapi untuk menjadi pelengkap diri untuk saling melengkapi kekurangan yang ada. Dan ana termui semuanya melalui petunjuk ilahi yang mendekatkan ana dengan anti...Yang memberanikan ana menyatakan hasrat hati tanpa selindung.
Semoga kita dapat saling mengasihi atas nama Allah, insyaAllah... Ana bukanlah seperti anti yang mempunyai kepetahan berhujah, menutur bicara indah di bumi Malaysia serta cemerlang dalam kehidupan. Ana hanyalah bakal zaujmu yang hanya berkembang dan menghabiskan masa remaja menuntut di Mesir tanpa mengikut perkembangan dunia di sini. Kekurangan yang kita ada semoga akan saling melengkapi dengan kasih sayang kurniaanNYA.                                                                                                                              Setulus hati, Azhari Muzaffar
Bagai bergetar hati dan naluri Seri. Walau belum pernah mengenali namun hatinya seakan bergetar seusai membaca sehelai kertas yang dilipat rapi di dalam sampul berwarna merah jambu.
Ya ALLAH, Seandainya telah KAU tetapkan dia untukku, satukanlah kami..
Permudahkan lah perhubungan kami,
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahu dan Berkuasa tiap sesuatu..
Seri bingkas bangun selesai solat magrib dan berdoa memanjat kesyukuran kepadaNYA..
Telekung dilipat rapid an digantung di dalam almari. Langkahnya di atur ke meja tulis berhampiran katil yang menempatkan sebuah diari yang menyimpan segala rasa hatinya.. Kali ini dia terlalu rindu untuk melakarkan baris kata sebagai meluahkan segala yang terbuku di hati. Diari yang berusia hampir 2 tahun itulah peneman setianya...

"Ya ALLAH, Sesungguhnya JanjiMU Benar.. KAU terlalu BAIK YA ALLAH... Sesungguhnya KAU Maha Pengampun... Memberikan keampunan atas setiap dosa hambaNYA yang bertaubat nasuha atas setiap kesilapan dan kesalahan dosa yang telah dilakukan.."
Cinta... Bagiku, aku telah putus harap pada Cinta.... Aku telah yakin bahawa pasti ada CintaMU di akhirat sana walau tiada cinta yang akan menemaniku di dunia ini... Namun, ternyata aku salah! Aku berdosa Ya ALLAH!!.. Aku insaf..
Dulu beberapa kali KAU hadirkan insan yang cukup sempurna buatku, namun aku biarkan... Biarkan dia kecewa dan pergi membawa hati yang lara.. Dan aku terlalu berbangga dengan segala kebahagiaan yang mungkin hadir di kemudian hari... Masih lagi ku ingati betapa lelaki itu merayu dan memohon cintaku, namun aku hanya mampu melihat dan berlalu meninggalkannya.
Betapa kejamnya aku... Kini, apabila semuanya telah dibalas oleh perbuatan ego dan sombongku, aku menangis dan merayu padaMU... Aku insaf dan taubat atas setiap sikap sombongku, egoku... Inilah hambaMU yang terlalu mementingkan diri sendiri...
Sekian lama aku menangisi takdir hidupku... namun aku sedar tiada siapa yang mampu menolak takdir..
Sehingga KAU hadirkan cahaya dalam jalan kelamku... Seorang imam yang akan menjadi pembimbing hidupku, Seorang ketua yang akan membantuku, seorang pendidik yang akan mendidik keluargaku.... Semua itu KAU hadirkan tanpa diduga... Benarlah KAU Maha Penyayang YA ALLAH...
Aku redha atas ketentuanMU dari Kaabah... Semoga itu Cinta yang akan mendekatkanku dengan JANNAHMU...Amin..."


Copy from I LUV ISLAM.COM

Thursday, 5 April 2012

Listen here :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ~ I'm back :D Lama beno rasanya aku menyepi dari belog DAYANG NORFAZILAH ni . well , biasalah tu life budak asrama . outing pun dua minggu sekali . balik rumah sebulan sekali . kalau nak online time outing memang tak sempat . time pulang rumah pulak takda lappy . kehidupan sekarang memang memenatkan since 5S semakin giat dijalankan . mana nak urus kelas . mana nak urus asrama . penat dia perghhhhh ~ memang tersangat penat . Huhu . study pun memang kurang dahhh . hmmm , just got 2B and 2F for my ujian setara . Booo me >,< Alhamdulillah 5S hampir sampai ke kemuncaknya . 9/4/2012 audit sebenar dari MPC datang mengaudit sekolah kami and i'm so nervous . mudah-mudahan sekolah kamu berjaya memperolehi sijil pengiktirafan :)

Btw , aku rasa makin malas nak duduk asrama . Beberapa hari yang lalu ada mum pelajar call aku dan ugut aku . why ? sebab her daughter created cerita yang bukan-2 . malam tu aku memang ada tegur n marah dia since dia kata aku kambing gara-gara aku tocang dua . budak ni memang bermasalah di asrama . then , malam tu aku lepak-2 di bilik . around 11 pm , her mum called me . sudah laa teda bagi salam , terus marah-2 orang . bodoh betul laaa . mum dia ugut aku . kononnya nak heret aku pi jumpa pengetua n polis . then , kalau aku kacau anak dia , dia akan cari aku setiap sudah . her daughter kata aku BULI dia . what the hell?! sejahat-jahat n senakal-nakal aku ni , aku nda pernah laaa buli junior aku . aku tahu aku ni kapten dan senior paling tua dalam aspuri tu . tapi tak pernah terlintas di fikiran aku mahu ragging budak . memang jahanam sungguh budak tu .

Then , mum dia jerit-2 dengan aku . Macam-2 laaa mum dia kata . hello aunttyyyyyy???? kau tahu tak apa salah anak kau ? anak kau tu baru form 4 , baru 2 bulan dekat SM TEKNIK LIKAS sudah gatal nak dating pegang-2 tangan daam kelas . Kau kata pengawas bodoh n anak kau pandai ? Hellooooo ! Setakat 6A . PMR jaaa tu . belum lagi SPM . Budak 8A pun teda la takbur macam anak kau . Actually anak kau yang BODOH! dah lahhh gatal, kecik-2 dah pandai dating pegang tangan . memang la anak kau pandai dalam pelajaran tapi jahil dalam agama . seriously , aku memang anti kau makcik . kau blame pengawas n kau menangkan anak kau even dia salah . kau fikir anak kau sorang ja ka yang perlu pengawas jaga di asrama tu ? ada 58 budak form 4 n 60 budak form 5 lagi yang perlu aku jaga bengap ! cakap tu biar guna otak . nama ja educated person tapi acting mcm uneducated . 


Kau nak report pergi KPM pun aku tak kisah . yang penting aku dan mereka tahu yang kami benar . anak kau memang PRO dalam putar belit cerita ni . aku berjanji yang aku takkan tegur anak kau sampai aku abis STPM . cukup laa aku dimalukan :) nway , pihak sekolah pun sudah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah . sepanjang aku 4 tahun sekolah dekat SM Teknik Likas tuhhh , belum pernah aku tinggikan suara depan guru disiplin/warden. paling-2 pun aku just cakap kat belakang . tapi anak kau aku cukup tabik la yaaa . baru form 4 dah pandai tinggikan suara . menipu cikgu lagi tu . now , semua senior anti kau sebab perangai kau . so , your mum can't blame me gara-gara kau diANTI . apa-apa pun , aku berharap kau cepat lahhh pindah dari SM Teknik Likas :) semua pun tak perlukan kau lagi . kau memang jijik di mata kami sudah .

Tadi dad kau ada jumpa aku . Warden tell him the truth . Punyaa terdiam dad kau dengar cerr kau . malu baa dia . dia minta maaf lg dengan aku . okayyy , kalau dgn dad kau aku boleh bertolak ansur but kau dengan mum kau sampai bila-bila pun tak akan :) kau tu sudah ada dalam kamus hidup aku sebagai seorang junior yang berperangaikan setan :) kepada kau , cepat laaa blah dari SM Teknik Likas . Thank you :) Kepada your mum , tolong la jaga anak kau . jangan terlalu manjakan anak . nama ja guru tapi pemikiran macam orang yang tkda akal .

Opsss , one more okayyy ~ Tolong laa jangan buat cerita kalau kamu tidak tahu jalan cerita antara aku dan dia ~ Tolong laaa okayyy ? Kepada sesiapa yang mereka-reka cerita tuhh , aku doakan kau terima balasan yang setimpal :)

Penulis : Dg Norfazilah Samsol, mangsa yang dianiaya